Memandangkan sekarang ni musim raya, contoh yang terbaik adalah bila orang buat open house. Korang biasa tak pergi satu open house tu tuan rumah hidang makanan guna pinggan polystyrene, minum guna cawan polystyrene, kalau korang tak makan guna tangan, sudu garfu yang diberi pun plastik pakai buang. Satu open house kecil-kecilan pun boleh cipta sampah sampai 4-5 plastik hitam besar, bayangkan dalam satu hari, berapa banyak open house dekat dalam satu Malaysia ni.
Sama juga dgn aktiviti2 harian kita, pergi kedai order makanan bungkus dapat polystyrene, beli sayur dekat supermarket pun semua dipakej dalam plastic. Kadang2 kita rasa sangat terbiasa dengan kelakuan sebegini, dari kecik memang dah macam budaya kita semua nak senang semua nak pakai buang.
Jom kita tengok balik diri kita dan cara kita guna barang2 dalam kehidupan seharian kita?
Berubah sikit-sikit ke arah 'Zero Waste' tak perlu secara drastik.
No comments:
Post a Comment